Pengenalan.
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan penyediaan pembiayaan untuk Program Kemahiran Tahap Sijil di dalam pelbagai bidang kemahiran di negara ini.
Kolej Yayasan Belia Malaysia telah mengambil inisiatif menawarkan program-program ini kepada mereka yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di Kolej Yayasan Belia Malaysia, Kompleks Semai Bakti, Jalan Haji Abu Bakar, 25050 Kuantan, Pahang.
Kursus-kursus Yang Ditawarkan.
Kursus-kursus yang akan dijalankan adalah seperti berikut:-
 Setelah tamat kursus, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan dianugerahkan kepada pelajar oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Kemudahan Yang Disediakan Untuk Pelajar / Pelatih: 1) Penginapan asrama. 2) Makmal Komputer. 3) Makan/minum. 4) Sukan & Riadah. 5) Program Kerohanian & Jati Diri.
Syarat syarat Permohonan.
1) Warganegara Malaysia. 2) Lepasan SRP / PMR atau SPM 3) Berumur 16 tahun & ke atas. 4) Berminat dengan kursus yang ditawarkan.
Permohonan Kursus.
Boleh terus datang mendaftar di KYBM membawa bersama:- 1) Dua (2) Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang). 2) Salinan Surat Beranak. 3) Salinan Sijil PMR / SPM.
Bayaran Kursus.
Pembayaran untuk kursus-kursus MLVK ini adalah seperti berikut :-
|