KOLEJ YAYASAN BELIA MALAYSIA 2004
Kursus Pengendalian Makanan

HOME

Profil Syarikat | Kursus Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) | Kursus Pengendalian Makanan | Kelas Tafaqquh Moden | Kemudahan | Pemandangan | Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain | Kursus Terjemahan Harfiah | Lokasi

PENGENALAN 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan peraturan iaitu setiap pengendali dan pemunya premis makanan di Malaysia dimestikan mengikuti Kursus Pengendalian Makanan. Oleh yang demikian, Kolej Yayasan Belia Malaysia (KYBM) adalah dengan ini mempelawa anda untuk menyertai kursus ini di kampus induknya di Kompleks Semai Bakti, Jalan Haji Abu Bakar, Padang Lalang, 25200 Kuantan, Pahang.

 

OBJEKTIF

Mendedahkan peserta tentang aspek kebersihan diri dan beberapa ciri penting dalam penyediaan makanan yang selamat disamping memberi maklumat sebab berlakunya keracunan makanan yang mengaitkan factor kimia dan semulajadi serta melahirkan seorang pengendali makanan yang berpengetahuan dan berketrampilan.

 

KANDUNGAN KURSUS
Kursus akan bermula mulai jam 8.45 pagi hingga 4.30 petang 

Ø      Pencemaran Makanan oleh kuman, bahan kimia dan lain-lain.

Ø      Keracunan Makanan isu semasa, kesan, tanda-tanda dan punca.

Ø      Sistem Kawalan & Pencegahan kepentingan suhu, peti sejuk dan pemanas makanan.

Ø      Amalan Kebersihan Diri amalan yang baik, tabiat buruk, kepentingan dan risiko.

Ø      Kebersihan Alatan & Perkakas Dalam Penyediaan Makanan.

Ø      Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan Makanan cara-cara yang betul.

Ø      Pengurusan Kebersihan Kawasan Premis Makanan.

Ø      Etika Kerja dan Perundangan Akta dan Peraturan Makanan, Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan.

 

SIAPA YANG PATUT HADIR

Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung samada tuan punya atau pengendali-pengendali makanan di Restoran, Hotel / Resort, Kantin Kilang dan Sekolah,  Kilang Pemprosesan Makanan dan Penjaja-penjaja di seluruh Malaysia.

logokybm

TARIKH KURSUS 

Kursus ini akan dijalankan pada tarikh-tarikh seperti berikut:-

4 MEI 2002

18 MEI 2002

15 JUN 2002

*Kursus hanya akan dijalankan setelah peserta mencukupi korum seramai 30 orang bagi setiap tarikh yang ditetapkan di atas. Oleh yang demikian, pihak KYBM adalah berhak untuk menunda kursus ke satu tarikh lain jika bilangan peserta tidak mencukupi.

  BAYARAN KURSUS

RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja), termasuk :

v     Sijil

v     Nota

v     Minum Pagi, Makan Tengahari & Minum Petang

 

PENGANUGERAHAN SIJIL

Peserta akan dianugerahkan Sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan sijil ini adalah sah digunakan untuk tempoh 3 tahun.

 

MAKLUMAT LANJUT:

Untuk maklumat lanjut tentang kursus ini, sila hubungi pegawai kami  di talian 09 5522876 (Hafzan) @ 0139025047 (Nazli)