KOLEJ YAYASAN BELIA MALAYSIA 2004
Profil Syarikat | Kursus Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) | Lokasi

kybm

kybm
logokybm
kolej yayasan belia malaysia

Selamat Datang Ke Halaman Web Kami.
  

Alamat terkini kami :

A-47, TINGKAT 1, JALAN IM 3/12, B.I.M POINT, BANDAR INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR. 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 095733113

 

pemandangankybm.jpg

Misi Penubuhan

KYBM sebagai sebuah institusi ilmu ditubuhkan untuk memenuhi keperluan negara meningkatkan taraf akademik dan pengetahuan profesional di kalangan masyarakat. Kolej kami berkeyakinan dapat membentuk suasana pembangunan ilmu dan minda yang efektif . KYBM memberi penekanan kepada kualiti di dalam mengaplikasikan sistem pengurusan, pendidikan dan kebajikan tenaga pekerjanya.

Falsafah KYBM

Di KYBM, kami meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas keperluan utama dalam kehidupan manusia. Hanya dengan ilmu pengetahuan, manusia dapat membentuk dan memperkembangkan minda. Sekiranya keperluan ini gagal direalisasikan dengan efisyen, maka peratusan buta ilmu akan meningkat. KYBM melihat kejayaan masyarakat hanya dapat dicapai dengan kesediaan semua pihak dalam menyediakan prasarana dan kemudahan pembelajaran yang mencukupi sebagai usaha mencapai kecemerlangan bersama.

Lengkapkan diri anda dengan kecemerlangan ilmu untuk jaminan masa depan. Pilihan anda adalah tepat sekiranya memilih KYBM. Perbelanjaan pendidikan di KYBM sederhana dan berpatutan. Prasarana pembelajarannya lengkap. Lokasi KYBM strategik, sesuai sebagai sebuah pusat pendidikan tinggi.





pemandangankybm.jpg

KYBM Pilihan Anda

Sebagai sebuah institusi pendidikan swasta, KYBM turut menyediakan kemudahan- kemudahan berbentuk pakej kepada pihak swasta, NGO, Agensi dan Jabatan Kerajaan dan individu sebagai :-
- Pusat Penginapan bagi peserta- peserta.
- Pusat Pembangunan Motivasi dan Bengkel Pendidikan.
- Penginapan sementara yang murah dan strategik.

Unknown Gem Type: tlx.tlxinv.guestbook

KOLEJ YAYASAN BELIA MALAYSIA
A-47, TINGKAT 1, JALAN 3/12, B.I.M POINT, BANDAR INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
E-MAIL: eliakn@hotmail.com
maklumat telah diperbaharui pada 29 jun 2004.